D'TIRAI ANJUNG

Selamat datang ke blog Anjung Puisi. Blog ini menghimpunkan dan menyiarkan karya-karya puisi Melayu moden dan tradisional, artikel tentang puisi Melayu, peristiwa, aktiviti yang berkait dengan puisi di seluruh tanah air dan lain-lain. Moga para pembaca dan menimba manfaat dan memperolehi ketenangan tatkala melayari blog ini. - a. halim ali




Isnin, 23 November 2009

PANTUN TEKA TEKI (1)

Kali ini saya sajikan serangkap pantun teka teki. Teka teki bertujuan mengujikan kreativiti dan kepintaran seseorang dalam suasana indah bahasa dan menyenangkan fikiran. Teka teki menumpang pada puisi pantun. Teka teki boleh dihadir dalam bentuk pantun dua kerat dan juga empat kerat.Teka teki kita pada kai ini seperti berikut;

Terbang merpati ke puncak awan,
Terbang kenari ke pohon kelapa;
Orang berilmu dipanggil cendekiawan,
Orang mencuri nak panggil siapa?

3 ulasan:

  1. pergi kedai beli timun jawapannya ialah penyamun

    BalasPadam
  2. pencuri la jawapan nye...hehe

    BalasPadam
  3. panggil polis la...huhu

    BalasPadam