D'TIRAI ANJUNG

Selamat datang ke blog Anjung Puisi. Blog ini menghimpunkan dan menyiarkan karya-karya puisi Melayu moden dan tradisional, artikel tentang puisi Melayu, peristiwa, aktiviti yang berkait dengan puisi di seluruh tanah air dan lain-lain. Moga para pembaca dan menimba manfaat dan memperolehi ketenangan tatkala melayari blog ini. - a. halim ali




Rabu, 13 Januari 2010

SAJAK PERIHAL ANAK KE SEKOLAH

Anak-anakku ke sekolah


Suka melihat anak-anakku ke sekolah
menggalas ilmu di bahu
langkahnya diatur jadual waktu
yang sukar diikutnya sendiri.

Dengan hanya daftar dan melunasi sedikit bayaran
tugasku pun berpindah kepada guru
tapi setiap malam aku membantu
menggenapkan ajaran guru
yang mereka sendiri keliru.

Pasal kasut dan baju yang kotor
sering menambah pening ibu
putih baju pada pagi hari
menjadi berseri dengan kuah kari
di tengah hari
ais krim tumpah dan merah sambal nasi lemak
menambah warna baju sekolah
kelam kelabu.

Aku tersenyum dan termenung
memikirkan anak-anakku yang pergi ke sekolah
kerana mengatur hidup dalam zaman sebegini
adalah pengalaman manis yang sukar dicipta sendiri
ia mengajar aku mengenali lukisan hidup
yang bakal mereka warnai
bila dewasa nanti.

Tanjong Malim
Jan 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan