D'TIRAI ANJUNG

Selamat datang ke blog Anjung Puisi. Blog ini menghimpunkan dan menyiarkan karya-karya puisi Melayu moden dan tradisional, artikel tentang puisi Melayu, peristiwa, aktiviti yang berkait dengan puisi di seluruh tanah air dan lain-lain. Moga para pembaca dan menimba manfaat dan memperolehi ketenangan tatkala melayari blog ini. - a. halim ali




Ahad, 16 Januari 2011

SAJAK TERBAHARU

BAKAR


Bukan payah
membakar interlok
ia daripada kertas mudah terbakar.

Hari ini gambar sasterawan Negara
pemimpin politik
dibakar
ia juga kertas
mudah terbakar.

Tak terfikirkah
kepulan asap interlok yang hangus
Jika tidak dipupuk
meresap ke seluruh dada estet
dan membakar
dalam diam.


Tnanjung Malim
13.1.11

9 ulasan:

  1. salam dr

    mohon kandungan novel ini ditukar seolah-olah menjatuhkan martabat sasterawan negara. novel ini sudah 40 tahun, namun kenapa baru sekarang baru ketidakpuasan hati baru timbul?

    upsi. Tanjung Malim

    BalasPadam
  2. Tidak jelas asas ketidakpuashatian segelintir masy. India terhadap novel Interlok. Banyak unsur rasis sempit, politik dan ambil kesempatan dalam isu ini. oleh kerana jalan politik dipilih untuk menyelesaikan isdu ini, maka org pilitik tanggunglah, orang sastera jelas pendirian mereka. Beberapa frasa yang dianggap `sensitif` tidak perlu dipinda. Saya masih mencari kepastinan apakah sebahagian darp ahli masy. di negara ini, meskipun telah dianggap merdeka dan maju, tetapi masih ada yang berfikir jumud dan berkepentingan diri yang sempit sehingga tidak dapat mendahulukan kebaikan akal untuk berfikir?

    BalasPadam
  3. kadang-kadang jasa seorang sasterawan tidak dapat dinilai oleh sesetengah masyarakat yang masih lagi hidup dalam kepompongnya sendiri, sedangkan kepompongnya itu sudah terlalu rabak dan menunggu masa untuk koyak.

    BalasPadam
  4. Saya fikir pun demikian. masy. di Malaysia masih tidak dapat melihat `kebesaran` nilai kesuasteraan yang banyak menyampaikan pendidikan dan membina peradaban.

    BalasPadam
  5. kadang-kadang saya terfikir juga jika beginilah reaksi masyarakat sekarang khususnya anak muda, bagaimana dengan sastera pada masa akan datang?sedangkan jika hal sekelumit ini sahaja mereka sudah melatah.

    BalasPadam
  6. Sebab mereka tidak pernah untuk memahami kesusasteraan. Minda kebanyakan mereka penuh dengan keseronokan hiburan dan material

    BalasPadam
  7. semoga Dr terus maju dan terus berkarya

    BalasPadam
  8. terima kasih Atiqah. Saya harap anda demikian juga

    BalasPadam